Khamis, Oktober 30, 2008

mesin chopper

Pada bulan Ramadhan yang lepas aku telah membeli sebuah mesin Chopper buatan SIMA. Ini adalah Hasil dari penjualan tebu yang mendapat permintaan tinggi pada bulan puasa. dengan adanya mesin chopper ini telah memudahkan kerja dimana semua makan dapat digunakan secara maksimum. sebelum ini kambing dan lembu hanya makan daun sahaja dan batang akan ditinggalkan. kini batang napier juga mudah dimakan oleh kambing dan lembu.

kini kerja aku lebih mudah dan bolehlah membuat kerja lain. sebelum ini aku terpaksa memotong rumput napier menjadi kecil bagi memudahkan kabing dan lembu makan. banyak masa terpaksa diluangkan untuk memotong rumput nepiar ini.




Read More......

Selasa, Oktober 14, 2008

KANDANG LEMBU





setelah siap kandang lembu, pada pertengahan bulan ramadhan/puasa sebanyak tujuh ekor lembu telah datang dan ditempatkan di mifthahul ternak. sebenarnya lembu-lembu ini adalah pemberian pakcik aku yang tinggal di negeri sembilan. buat sementara ini lembu-lembu ini akan dibiakan terlebih dahulu.
antara lembu yang ditambat di dalam kebun
tambat di dalam kebun dan mencari makan sendiri



Black si kambing biri-biri yang berumur sebulan

pada pertengahan bulan puasa juga aku menerima kelahiran kambing biri-biri yang kedua. kambing ini ku beri nama black

Read More......