Jumaat, Julai 18, 2008

MENYUSURI SEJARAH SILAM

AKU ANAK JATI KUALA LUMPUR. HIDUP DITENGAH HUTAN BATU YANG TINGGI MEMUNCAK LANGIT. BERASAL DARI KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR. SETELAH TAMAT PELAJARAN AKU BEKERJA DISEBUAH SYARIKAT KONTRAKTOR. SETELAH LEBIH DARI 5 TAHUN BEKERJA AKU BERHENTI DAN BERALIH KERJA SEBAGAI PEMANDU. SETELAH HAMPIR 2 TAUN BEKERJA AKU MELETAK JAWATAN. SECARA KEBETULAN MAK AKU TELAH BERPINDAH KE KAMPUNG DI TELOK GONG DAN PERNIAGAANNYA TELAH DITERUSKAN OLEH ADIK AKU. HAMPIR SETAHUN MAK AKU TINGGAL DIKAMPUNG AKU TURUT PULANG KE KAMPUNG DISAMPING DAPAT MENJAGA EMAK AKU.SEBELUM BERHENTI AKU TELAH BERFIKIR UNTUK MENGUSAHAKAN TERNAKAN KAMBING SETELAH PUAS BERFIKIR.

BERMULALAH EPISOD AKU SEBAGAI PETANI DAN PELADANG SELEPAS RAYA PUASA TAHUN 2007 AKU BERPINDAH KE KAMPUNG MEMBANTU EMAK AKU. PADA 12 JANUARI AKU TELAH MENGIKUTI KURSUS ANJURAN TEGUH TERNAK. SELEPAS ITU AKU TIDAK MENOLEH KEBELAKANG LAGI. SETELAH SEGALA KELENGKAPAN DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA SEBUAH KANDANG KAMBING BERUKURAN 20 X 20. KAYU-KAYU TELAH AKU KUMPUL SEJAK BULAN PUASA 2007. PADA MASA ITU BANYAK RUMAH SETINGGAN YANG DIROBOHKAN. AKU MENCARI KAYU-KAYU TERPAKAI DAN BELI UNTUK TAMBAHAN SAHAJA.





semasa mengikuti kursus di teguh ternak

SETELAH TAPAK UNTUK KANDANG TELAH DIBERSIHKAN, AKU MEMINTA PERTOLONGAN PAK CIK AKU UNTUK MEMBINA KANDANG KAMBING. SETELAH KANDANG KAMBING SIAP DIBINA 5 EKOR KAMBING FAREL TELAH DIMASUKKAN UNTUK PERMULAAN. TAPI SEEKOR TELAH MATI. KEMUDIAN PAKCIK AKU MEMBERI 3 EKOR KAMBING BIRI-BIRI UNTUK AKU BELA. SEKARANG SEKOR DAH BERANAK. ANAK KAMBNG ITU KUBERI NAMA JOHN. SELANG SEBULAN AKU INDUK JAMNAPARI SEBANYAK 5 EKOR DIMASUKKAN.

KINI AKU DALAM PEMBINAAN UNTUK MEMBUAT KANDANG LEMBU YANG AKAN MASUK TAK LAMA LAGI. MUNGKIN 6 EKOR UNTUK PERMULAAN.

DISAMPING ITU AKU MENGUSAHAKAN TANAMA TEBU UNTUK MENAMPUNG PENGALIRAN WANG TUNAI DAN JUGA KERJA SAMBILAN.

0 ulasan: